''Hah Farah,macam mana keputusan kau...Mesti cemerlang kan?''Farah tersenyum kelat mendengar pernyataan rakannya,Faeqah.
''Hmm..aku..aku dapat 8A 1D'',jawab Farah sejurus memeluk Faeqah.
Dia bagaikan tidak percaya apa yang sedang menimpanya sekarang.Farah melepaskan tangisannya di bahu Faeqah.Faeqah hanya diam seribu bahasa kerana dia seakan tidak percaya dengan keputusan PMR yang diperolehi Farah.Dia cuba untuk memujuk Farah
''Farah,sabar ya..Mungkin Allah nak uji setakat mana kau syukur dekat Dia.Aku faham apa yang kau rasa.Kau janganla macam ni.Kau kena reda dengan Qada' dan QadarNya.Mungkin Allah dah sediakan yang terbaik untuk Kau di kemudian hari.''
Faeqah cuba untuk memujuk rakannya yang sedang berduka.Dia tidak mampu untuk menenagkan rakannya yang sedang hanyut dengan kesedihannya.Faeqah menghantar Farah pulang ke rumahnya dan menerangkan segalanya kepada ibu Farah.Ibu Farah hanya mengangguk faham.
Ibu Farah,Puan Diana,mengetuk pintu kamar Farah berkali-kali.Tombol pintu juga dipulas tapi malangnya berkunci.Dia sudah mengetuk berkali-kali pintu bilik anak gadisnya itu tetapi tiada balasan.Tidak pernah Farah berkelakuan seperti ini.Perkara ini menimbulkan kegundahan di hati seorang ibu.
''Farah,tolonglah buka pintu ni.Ibu dah tahu semuanya..Faeqah dah ceritakan semuanya kat ibu.Ibu faham nak..''
Pujuk rayu si ibu tidak diendahkan.Farah lebih memilih untuk melayan perasaanya.....
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment