Hari ini,,dapat kita lihat panorama di sekeliling kita sudah dicemari jenayah gejala sosial yang makin merunsingkan banyak pihak terutamanya ibu bapa...Remaja pada hari ini banyak terlibat disebabkan beberapa faktor,,,,Faktor utamanya kekurangan kasih sayang dan didikan agama dr ibu bapa dan juga pendorong datang dari rakan sebaya,,,bagaimana kita hendak kita dirikan Khilafah Islam jika remaja yang bakal memimpin masa depan sudah keruntuhan akhlak pada hari ini??Mari sama-sama kita singkap kembali zaman remaja Rasulullah,,,yang sudah digelar Al Amin,,,Sultan Muhammad Al Fateh yang berjaya menakluk kembali Konstantinopel seawal 20 an,,,,Baru-baru ini,,Ahmad Ammar Ahmad Azam yang memperoleh syahid seawal 20 an yang syahid pada 2 September 2013 yang lalu,,,,Al Fatihah,,,
Apakah ciri-ciri Remaja Muslim??Mari sama sama kita lihat,,,
- Berusaha menjadi remaja Muslim yang bertanggungjawab menjalankan syariat dengan sempurna.
- Menyertai aktiviti gerakan Islam.
- Mengembalikan khilafah Islamiyyah.
- Gunakan peluang yang ada untuk menjalankan dakwah.
- Tunjukkan identiti seorang Islam dengan akhlak yang baik.
- Membangunkan nilai-nilai perjuangan di tengah-tengah masyarakat.
- Menjadi seorang yang membawa risalah Islam.
- Menjadikan Nabi dan Rasul sebagai 'role model'.
- Remaja yang Muslim sentiasa bermuamalat mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.
- Sentiasa bercakap benar. Seperti sabda Rasulullah s.a.w. "Berkata benarlah walaupun ianya pahit".
- Mereka tidak mempunyai perasaan hasad dengki sesama makhluk Allah.
- Remaja Muslim juga adalah seorang penasihat yang selalu memberi pandangan yang membina.
- Mereka adalah golongan manusia yang sentiasa berfikiran positif.
- Sentiasa menunaikan janjinya pada masyarakat.
- Mempunyai sifat-sifat yang mahmudah. Contohnya, bersikap lemah lembut, pengasih, pemaaf dan sebagainya.
Duhai sahabat sekalian, jadilah seorang remaja yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Janganlah kita mensia-siakan masa muda kita dengan perkara-perkara yang tidak memberi sebarang faedah terhadap diri kita dan orang di sekeliling kita. Timbalah ilmu yang bermanfaat terutamanya yang berkaitan dengan ajaran Islam itu sendiri. Supaya kita dapat mengembalikan keizzahan Islam di bumi ini. Dan juga supaya kita dapat menegakkan yang Haq dan menghancurkan yang batil. Bi iznillah. Insya Allah.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali 'Imran ayat 193 yang berbunyi:" Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan mu," maka kami pun beriman.Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami berserta orang-orang yang banyak berbuat bakti".



No comments:
Post a Comment