'Akak..janganla macam ni.'lembut suara Puan Diana memujuk Farah.
'Mama..kenapa result PMR akak teruk sangat.Akak tak pernah dapat keputusan seteruk ni' ulas Farah diiringi deraian air mata.
Farah bagaikan terpana setelah mendapat keputusannya pagi tadi.Manakan tidak,mata pelajaran yang menjadi kegemarannya ,Bahasa Inggeris ,mendapat gred D.Padahal ujian sebelum ini,dia selalu mendapat markah tertinggi dalam kelasnya.
'Takpe Farah...Farah dapat 1 D ja...bukannya 9 D.Nanti mama belanja Baskin Robin sebagai hadiah untuk Farah'Puan Diana cuba mengumpan anaknya supaya kembali bahagia seperti selalu.
'Betulke ni mama...tapi Farah nak kek sekali ye' ujar Farah sambil mengusap tangisannya.
'Pergi basuh muka tu..Dah macam pontianak mama tengok Farah'berhambur ketawa mereka.
****************************************
Kini,Farah tidak lagi leka dalam pelajaran.Dia terus bangkit daripada langkahnnya yang pernah tersungkur suatu ketika dahulu.Dia tidak membiarkan dirinya terus hanyut ditawan ombak kesedihan.
'Farah,duit yang mama kirim kat kamu tu cukup tak?Kalau tak cukup Farah cakap tau..Jangan boros sangat dengan duit tu.Sesal dulu pendapatan..sesal kemudian tiada guna..ingat tu Farah..Jaga adab dan perilaku kamu sebagai seorang muslimah di tempat orang.' ujar Puan Diana di hujung talian.
'Ye mamaku tersayang.Farah akan jaga perilaku Farah ye!',kata kata terakhir Farah sebelum mengakhiri perbualan mereka di gagang telefon.
Kini,Farah bergelar mahasiswi di sebuah universiti di Rusia.Dia tidak keseorangan di sana kerana dia ditemani sahabatnya,Faeqah.Mereka berdua mengambil jurusan yang sama iaitu dalan jurusan Mechanical Engineering.
**********************************************
Masa bergulir dengan pantas sekali.Kini,Farah sudah pun bergelar graduan.Dia mendapat tawaran bekerja dari sebuah syarikat minyak terkemuka,Petronas.Walaupun sibuk dengan pekerjaannya,dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kpda Sang Khalik.Benarlah kata kata ini,
'Jagalah Allah...nescaya Allah akan menjagamu'
TAMAT..
p/s:saya budak bru blajar..klaw salah tlg tunjukkan..
No comments:
Post a Comment