Friday, 2 January 2015

Peluang Kedua.

'Adik..adik sebenarnya....'doktor yang berkaca mata itu tidak mampu meneruskan kata kata selanjutnya.

'Saya sebenarnya apa doktor?Cakap cepat..'gertak Kamelia.

'Peluang untuk adik hidup tinggal setahun je lagi.Adik menghidapi tumor otak yang serius.Saya harap adik dapat bersabar dengan apa yang saya cakap ini.'doktor tersebut sudah tidak mampu memandang wajah gadis itu.

Jantung Kamelia bagi direntap tika itu.Terkedip-kedip matanya dengan untaian kata yang baru sebentar tadi hinggap di telinganya.Dia sudah tidak mampu untuk berjalan dek kerana kejutan yang melampau.Dia menyeluk poket lalu mendail nombor sahabatnya,Fadhilah.

Fadhilah sampai dengan segera setelah dihubungi oleh Kamelia.Kamelia membuka pintu dan memasuki kereta Fadhilah dalam kondisi wajahnya pucat.Dia hanya senyap sepanjang perjalanannya ke rumah.Semua pertanyaan Fadhilah diendahkannya.Dirinya bagaikan dilempar di suatu alam yang lain.
**************************************
'Awak,jom jumpa kat Mega Mall.Saya ada perkara penting nak dibincangkan dengan awak.'ujar Kamelia kepada buah hatinya di gagang telefon bimbitnya,Hafizul Husna.

'Ape yang awak nak bincangkan?Saya tau...awak nak saya masuk meminang awak kan?'suara ketawa Hafizul kedengaran di hujung talian.

'Takde la wak.Cepat tau saya tunggu.Pukul 10 ye.Jangan lambat.'sambung Kamelia lagi.

Hafizul dan Kamelia berjumpa di Mega Mall.Hafizul agak pelik dengan tingkah laku Kamelia.Selalunya Kamelialah yang banyak bercakap dan menghiburkan hatinya.Perubahannya menimbulkan syak wasangka pada Hafizul.

'Awak...kita putus boleh?Saya rasa saya tak layak untuk awak.Mungkin ada orang yang lebih baik dari saya'Kamelia mula membuka bicara.

'Awak,janganla buat lawak.Kita kan dah lama couple..dari sekolah menengah kot.Takkan awak nak putus.Awak sabarla..kan minggu depan saya nak hantar rombongan meminang awak.Awak janganlah macam ni'Hafizul terkejut dengan pernyataan yang dikeluarkan buah hatinya.

'Awak...awak nampak muka saya ni macam buat lawak ke..saya serius la wak'Kamelia menundukkan wajahnya yang sedang menahan tangisan.

'Tapi,kenapa?Awak dah ada orang lain ke?Tolonglah jangan buat macam ni'balas Hafizul dalam nada sayu.

Kamelia bingkas bangum dari tempat duduknya.Dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya di hadapan kekasih hatinya.Dia terpaksa melakukan semua ini.

'Biarlah Hafiz sedih sebab kehilangan aku sekarang.Aku tak nak dia sedih nanti bila dia kehilagan sewaktu aku sudah menjadi miliknya'bermonolog Kamelia sendirian.

*********************************************
Hatinya kini diserahkan pada Sang Khalik.Dia sudah berubah menjadi Kamelia yang baharu.Dia lebih banyak mengingati mati daripada hal-hal yang bersifat keduniaan.Penampilanya juga turut berubah.Kamelia akan menjalani pembedahan pada hujung bulan ini.

Ding!Satu teks mesej baharu tertera di telefon Hafizul Husna.

'Please forgive me for everything.Thanks sebab pernah menjadikan saya seseorang yang istimewa dalam hidup awak.Halalkan makan minum saya.Thanks jugak sebab pernah terima diri saya seadanya.Kalau awak nak jumpa saya untuk kali terakhir datangla hospital hari ini.Saya akan jelaskan semuanya kat awak.'

Hafizul terpana.
************************************************
Hafizul bagaikan tidak percaya dengan kondisi Kamelia.Wajahnya pucat tiada berdarah.Bibirnya terkunci rapat.Air matanya tidak tertahan lagi.

'Awak...janganlah sedih.Saya sebenarnya menghidapi tumor otak.Masa kali terakhir kita jumpa di Mega Mall,saya tak sanggup nak jelaskan semua ini kat awak.Tapi,saya syukur sangat sebab Allah bagi peluang kedua untuk saya kembali padaNya.Awak janganla jadi macam saya..Bila dah jadi macam ni, baru nak taubat.Awak,dekatkanlah diri awak padaNya.Tenang sangat.Saya tak nak awak sedih bila saya hilang sewaktu saya dah sah jadi milik awak.'terang Kamelia lemah longlai.

Kolam mata Hafizul tidak tertahan lagi.Dia menangis semahunya.Lirikan mata Hafizul mengiringi troli yang mengusung Kamelia ke bilik pembedahan.

************************************************
Sudah 5 jam Hafizul menunggu Kamelia di bilik pembedahan.Dia tidak keseorangan kerana dia ditemani Fadhilah dan seorang lagi rakannya.Bibirnya terkumat kamit membaca surah Yasin supaya pembedahan Kamelia berjalan dengan lancar.

'Doktor macam mana dengan Kamelia?'ujar Hafizul sebaik sahaja terlihat kelibat seorang doktor yang baru keluar dari bilik pembedahan.

'Maaf encik...Kami dah cuba untuk selamatkan dia.Tapi,....Allah lebih menyayanginya.'jawab doktor itu dengan riak muram di wajahnya.

Hafizul terus merapatkan jasadnya ke dinding.Dia menumbuk dinding seakan tidak dapat menerima realiti.Fadhilah yang berjuraian air mata cuba untuk menenangkan Hafizul.

Fadhilah dan Hafizul menyelak kain putih yang menutupi wajah Kamelia.Wajah Kamelia kelihatan bening dan bibirnya mengukir senyuman.Mereka reda dengan ketentuan Ilahi.Ternyata Allah lebih menyayangi Kamelia.

Kematian tidak pernah mengenal usia.
Kematian juga tidak mengenal rupa.
Cukupkah amalan dan persediaan kita ke alam sana?

Tepuk dada..tanya iman.^_^

TAMAT.

p/s>lemparkan komentar anda ea..terima kasih.

1 comment: